Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, December 2, 2012

Kembali Selepas SPM!^^


Hye blog! Rindunyee kat awak~ Sepertimana janji pada you sebelum ni, now i'm back!^^ Kembali berblogging~ :) Selepas tamatnya sudah peperiksaan besar yang digeruni kebanyakan orang iaitu SPM! Perghhh. sangat menggerunkan terutamanya bila kurang persediaan macam saya nih :(
Dah berpuluh kali bermimpi jawab exam dalam keadaan yang tidak bersedia, tak cukup masa dan sebagainya. Kawan saya ada penah berkata, kalau mimpi yang berulang-ulang macam tu, selalunya akan jadi kenyataan dan ternyata memang dah jadi kenyataan pun~ Soooo sadddd~ :'(
Sekarang dah habis ni, hanya perlu redha, pasrah dan tawakal jela~ Bak kata orang sekeliling, benda dah lepas pun.. Lepas ni, kalau dapat apa2 keputusan pun terpaksa terima dengan ikhlas jela kan walaupun hati ni tak cukup gembira.. :') *serammm bakkk hangggg nak dapat result nanti!*
 
Memang la ramai yang kata, SPM ni yang nak menentukan hala tuju hidup, tapi.. Tak bermakna SPM ni penentu masa depan kan? Bunyi macam sama tapi tak serupa sebenarnya~ 
Ada je orang yang SPM dia tak cun tapi boleh je hidup sempurna.. Ada je kerja, boleh kahwin ada anak semua. ada je orang yang SPM dia meletopp tapi last2 jadi rosak bila kat overseas. So, cerita ja sama je. Boleh jugak hidup kan kalau dapat tak berapa nak ok kan? Bak kata my ummi, janji jadi anak yang solehah, sembahyang dan ibadat yang lain dijaga dengan baik disamping rajin buat kerja2 rumah so consider semuanya ok dah tu. 
Actually kata2 kat atas ni sesuai untuk orang yang kurang persediaan macam saya ni je..hehe.. Sebabnya, untuk sedapkan hati sendiri sebab jawab SPM macam kurang tiptop~huhu. Tapi sebenarnya memang betul punn.. SPM bukan beerti pengakhiran kepada kejayaan. Banyak kejayaan lagi yang boleh kita cipta lepas SPM ni dimasa akan datang~ :)

So, harapnya jangan la kecewa sangat bila tak mencapai kejayaan yang cemerlang untuk SPM ni. *peringatan untuk diri sendiri*
Camna pun, orang tetap akan teruskan kehidupan macam biasa jugak kan? :)
Dan tak lama lepas tu, semua orang dah tak ingat pun pasai result kita. Tu yang bagus! hehe :D

Ok la itu saja untuk kali ni ye~ lepas ni akan ada banyak masa free untuk update! Takde la bersawang sangat kan? Bersawang teruk macam mana pun ada je orang yang selalu datang melawat. Tu yang bersawang dia pun dah kurang tu :D Takpe, keep on visiting yaa? I appreciated it very much! <3

ok bye my dear blog~ nanti saya datang menulis lagi k? ^_^
daaaa assalamualaikum~~